hidup selalu diuji dengan pelbagai dugaan
jangan sesekali aku akur dengan semua yang hadir membenteng perasaan
tidak juga untuk melangkah pergi dari apa yang terjadi
dan untuk menangkis gusar dan sedih yang bersarang seakan aku tidak mampu
tapi aku pasti satu perkara
hari esok masih ada. dan aku tidak berhenti di sini.
aku ingat pasti ada masalah orang lain lebih payah dari ini
dan untuk apa aku menyalahkan apa yang terjadi
melainkan belajar dari kekhilafan diri, juga orang lain.
pasti ada sesuatu di sebalik segalanya.
22122009
9.28am
Miri Sarawak
hati, jangan lagi berpaut pada ribut yang mendatang.
Dec 21, 2009 |
Posted by
Junnyaruin Barat
|
0
comments
debat diraja 09...!
Dec 3, 2009 |
Posted by
Junnyaruin Barat
|
0
comments
Saat kaki menjejak bumi UM untuk Debat Diraja 09, teringat suatu ketika dulu bagaimana keinginan untuk beraksi di pentas debat ini dipendam dalam hati saja. Maklum pada ketika itu, penyertaan untuk Debat Diraja adalah untuk IPTA sahaja. Dan kali ini, terasa seperti diberikan peluang yang sangat berharga. Mungkin tidak tergambar perasaan kerana impian itu akhirnya jadi nyata. Kini, dan saat ini! Pentas diraja pertama, kemunculan pertama IPTS, dan kali pertama bertanding debat di UM... aku teruja!
Untuk semua pendebat UTP, usahakan yang terbaik dari anda. Kerahlah seluruh kemampuan dan kebolehan anda. Dalam setiap cabaran yang menanti sepanjang persiapan, belajarlah mendepani tekanan dan cabaran.
Esok, cabaran bermula!
Yippeeee!
Nov 21, 2009 |
Posted by
Junnyaruin Barat
|
0
comments
Sekarang ni terasa nak menjerit. Happy. Exam dah habis dan tak perlu risau nak berjaga malam sambil otak ligat berfikir sampai stress. Dari semalam, fikir nak keluar je lepas habis exam. Macam-macam rancangan. Ada yang cadang nak ke Penang, Bukit Merah, Taiping, pergi pantai.... errr, semua kepenatan kot lepas habis exam tadi. Akhirnya semua terbongkang kat katil tidur sepanjang petang tadi.
Malam baru decide nak ke Ipoh. Movie again? Yippee... Minggu lepas baru lepas tengok 2012. Kali ni pilihan ialah A Christmas Carol. Jim Carrey jadi suara latar untuk watak Ebenezer Scrooge. Pakcik tua yang kedekut dan langsung tak kisah pasal hidup kat luar. Sampailah dia bermimpi atau macam ilusi la, ada tiga roh datang yang jadi simbol past, present dengan future dalam life dia.
Macam mana? Movie ni memang best. Kadang-kadang macam thriller melampau. Saja nak bagi suspen. Suka tiap kali roh tu datang dan bawa Uncle Scrooge tengok semua yang dia buat dulu dan sekarang. Meriah juga dengan Christmas Song. December, jadi tak lama lagi festive season.
Sila tengok. Kalau ada orang cakap tak best, diam je. Jangan percaya. Haa.. :)
Apa cerita?
Nov 17, 2009 |
Posted by
Junnyaruin Barat
|
2
comments
Menonton filem 2012 tempoh hari seperti membayangkan diri sendiri berada dalam situasi tersebut. Menakutkan sangat. Anda boleh bayangkan tanah dan bangunan runtuh tiba-tiba, tsunami dan gempa bumi, serta gunung berapi yang berlaku secara tiba-tiba. Karya Roland Emmerich memang mengagumkan, imaginasi tinggi sangat. 2 jam 45 minit bukan tempoh lama untuk sebuah movie, kalau setiap babaknya mendebarkan. Bukan macam Pirates of Carribbean yang hampir 3 jam, dan aku terasa macam nak makan 5 popcorn je sebab bosan. Oh la la...
Babak favorite aku sudah tentu ketika Jackson dan family dia nak selamatkan diri masa masuk kapal tu. Babak yang buat aku rasa nak menangis atau tak sengaja menangis, masa Jackson tenangkan anak dia dan cakap diorang takkan terpisah. Dalam kapal terbang tu. Babak paling lucu, pun ada yer, masa Tamara, girlfriend Yuri, tunjukkan f*@k kat Yuri before pintu kapal tu ditutup. Kelakar. Tengok la sendiri, tak rugi punyer. Tak macam Harry Potter dan Final Destination yang buat aku frust walaupun trailer dan preview dia gempak giler.
Exam? Belum habis lagi ok. Minggu ni pergi lari jauh-jauh, exam. Tinggal dua paper lagi, Reservoir Modelling bersama Prof Nouman dan juga Well Test Analysis. Kesimpulannya, saje je diorang nak letak dua killer subjek ni paling lambat kan. Hampa tul aku tengok RMS test yang aku amik semalam, markah 'tinggi' sangat. Gud luck lah kepada yang dah abis exam, tengah exam dan akan berexam.
Tabiat Study
Nov 9, 2009 |
Posted by
Junnyaruin Barat
|
0
comments
#1
Aku tak suka study atas katil Tak suka guling-guling. Sebab aku tau lepas aku baca semua notes sambil berbaring, alamatnya tido la aku. Hari ni je dah bape kali aku terlelap.
#2
Aku suka menulis. Lebih-lebih lagi kalau subjek tu perlu dihafal. Penat tapi tu je cara yang masuk kat kepala otak aku.
#3
Aku suka study sambil dikeliling makanan. Arghhhh... heavennya. Sebab tu aku makin gemok. Tapi orang kata nak belajar kena mood happy. Kan ada pepatah kenyang perut suka hati? Kan? Kan?
#4
Kalau dah tahap tension sampai nak terjun dari tingkat paling atas KLCC, aku suka dengar muzik. Sampai memekak kat telinga.
#5
Aku kalau dah rasa tak masuk. Aku rest kejap dan mandi pastu. Sambil feeling-feeling menyanyi kat bilik air baru sambung study.
Kesimpulannya?
[Aku tak suka study. Tapi study suka aku. Macam mana?]
Farewell, Debate, Birthday....
Nov 7, 2009 |
Posted by
Junnyaruin Barat
|
3
comments
Farewell
Jumaat, semalam. Petang aku pergi ke farewell occassion untuk Dr Shalaby dan juga Puan Putri, lecturer aku. Event ni kalau tak silap organized by SPE UTP. So, kira yang datang tu lecturer PE & Geosciences Department, student diorang - mostly PE 3rd year dan 2nd year 2nd sem. Dr Shalaby ajar aku Well Logging and Puan Putri ajar aku dua kali - PRE dan Facilities Engineering. Agak busy dengan preparation untuk final exam, aku decide untuk datang gak petang tu. Since dia lecturer aku kan. Oh, sangat berterima kasih dengan lecturer-lecturer ni. Esp Ms Putri yang sangat baik, walaupun strict. Dia la yang buat aku mula cuak dengan copy dan plagiarism ni. Hihi. Thank you!
Debate
Team Debat UTP memandangkan kitorang dalam gap takder pertandingan, so kitorang decide untuk organize liga especially untuk junior-junior. Seperti yang aku mention dalam blog before ni. Final, Team Eddy lawan team Wadi. Kali ni aku happy dengan performance diorang terutama pembangkang yang kemas aspek teknikal. Terutama elemen penafian kes dan develop case sendiri. Dan untuk Saira dan Rozaidi, muka baru dalam team ni, diorang berjaya gak atasi kegagapan before ni. Congrats korang! Team Wadi pun not bad. Konsep maybe agak longgar, tapi korang defend dengan baik. Pembuktian tu perlu mantopp lagi. Thanks sIsmal, Mino, Siddiq, Hairul yang banyak tolong aky tengok-tengok kan perkembangan diorang. Well, training debat ditangguh kejap. Masa untuk kita semua study dan concentrate untuk final exam. All the best!
Birthday Muiz
*Muiz dan kawan-kawannya ketika Astar*
Happy Birthday! 18th kan? Dia la paling muda dan paling berisi kecik dalam family debat UTP. Hihi. Jangan marah. Semalam asalnya nak buat kejutan, ala-ala nak buat dia menangis dan down. Penat aku berdrama, berbekalkan pengalaman membintangi Samarinda, haha, aku berlakon bagai nak rak. Tetap takde respon mendadak dari orang lain. Last-last aku pun ala2 wish terus bday dia. Sorry guys, kejutan tak jadi. :) Muiz, happy birthday dan semoga beroleh kejayaan untuk future!
Now, mood untuk final exam. All the best untuk semua. Study elok2!
Talent
Nov 5, 2009 |
Posted by
Junnyaruin Barat
|
0
comments
Semua orang mempunyai bakat tersendiri. Mungkin ada di antara kita tidak menyedari apakah bakat yang kita miliki, tetapi percayalah setiap orang dianugerahkan bakat dalam cara yang berbeza. Bakat tidak perlu lah sebesar gajah atau sekecil zarah, yang penting adalah bagaimana pemiliknya mengasah bakat yang ada untuk dikembangkan menjadi sesuatu yang bernilai - untuk diri dan orang lain.
Tetapi bakat itu sendiri tidak boleh memajukan kita. Hanya diri kita yang boleh menggunakan 'resource' yang ada dan memilih kaedah untuk memajukan diri. Bakat hanya sebahagian daripada ramuan atau perencah yang diciptakan - selebihnya adalah usaha, ketabahan dan kepintaran kita yang menjadi penentu.
Bakat tidak semestinya satu. Ada yang punya bakat yang banyak - multi talented. Ada yang mungkin pasrah dengan bakat yang ada - masih terkial kial memahami potensi diri sendiri. Dan bakat itu selalu bersembunyi jauh, menanti untuk dicari. Usahalah.
Aku ingat aku bukanlah penggemar kepada arena debat yang aku ceburi hari ini. Hanya pada belasan tahun baru aku mula sedikit demi sedikit aku berjinak dengan debat. Terima kasih kepada guru yang menyelongkar bakat yang ada pada diri ini. Sesuatu yang tidak pernah aku sangka. Sedikit demi sedikit aku mencari jalan untuk membawa secebis kemampuan ini kepada dimensi baru. Satu hakikat yang amat penting, bakat tidak boleh disandarkan pada hebat atau tidaknya kita, PALING PENTING - bila kita mengetahui yang sekurang-kurangnya kita ada sesuatu anugerah yang mungkin tidak dimiliki orang lain. Kita unik dalam cara berbeza.
Mengapa aku bercerita tentang bakat?
Sebab aku masih sedikit musykil dengan dua keadaan. Ada mereka yang punya bakat tapi tida menghargainya. Atau sengaja mensia-siakannya. Dan apa yang lebih menyedihkan, mereka tidak sedar ada orang lain yang tidak punya bakat itu, mengharapkan apa yang mereka miliki. Keadaan kedua ini lebih parah, seperti satu ketidakadilan, kerana mereka yang merangkak memahami bakat diri ini berusaha gigih, sebaliknya yang punya bakat ini tidak tahu apa untuk dibuat.
Fahamilah diri dan apa yang kita ada. Kita boleh melakukan sesuatu dengan apa saja yang kita ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)



